Sejarah Awal

SEJARAH AWAL 

            Selepas berakhirnya penjajahan Jepun di Tanah Melayu pada tahun  1945 M, penduduk tempatan di Kampung Behor Mali merasakan perlu ada sebuah tempat pengajian untuk penduduk tempatan khususnya untuk menimba ilmu pengetahuan mengenai agama Islam. Atas kesedaran itulah maka sebuah jawatankuasa telah dibentuk dalam usaha untuk melahirkan sebuah pusat pengajian. Akhirnya dengan usaha jawatankuasa ini dan disokong penduduk tempatan maka lahirlah ‘ Pondok Islahiah’ pada tahun 1364 H/1945M. Individu yang bertanggungjawab menyampaikan pengajaran di sini ialah Tuan Guru Haji Ismail Naim Bin Salim. Beberapa tahun kemudiannya, pondok ini telah mengalami pembaharuan. Selepas dipindahkan bangunannya ketapak yang ada sekarang ini pada tahun 1369H/1950 M, namanya juga telah ditukarkan kepada Al- Madrasah Al-Islahiah Al-Wataniah dan sistem pendidikannya atau pengajianya juga turut berubah dari sitem pondok kepada sistem persekolah formal. Namun begitu, bentuk pengajian bercorakkan pondok ini masih dikekalkan hingga ke hari ini. Inilah satu-satunya pusat pengajian di Negeri Perlis yang masih melaksanakan dan mengamalkan sistem pengajian pondok. Pada awal penubuhannya ’ Al- Madrasah Al-Islahiah Al-Wataniah’ berfungsi sebagai tempat pengajian berkonsepkan pondok kepada pelajar yang lebih menekankan kepada pendidikan berbentuk keagamaan khususnya. Disamping itu, berkongsi didalam satu kawasan yang sama juga, telah wujud dan kekal bersama-sama sistem pendidikan itu adalah rumah-rumah orang tua yang menempatkan lebih kurang 100 orang warga emas yang mengambil pilihan untuk tinggal disana bagi mendalami ilmu agama dan turut juga menjadi tenaga pengajar kepada pelajar di sekolah pondok berkenaan.  

 Gambar diatas menunjukkan penempatan asal rumah warga emas yang mendiami dikawasan sama dengan ‘Al- Madrasah Al-Islahiah Al-Wataniah ’.

 

Berhadapan dengan rumah warga emas ( rumah kayu) adalah bangunan sekolah yang merupakan kelas tempat penyampaian ilmu.

 
 
Menunjukkan rumah warga tua , sekitar tahun 1970-an
 
Biarpun berkongsi kawasan namun sistem pendidikan sedikit pun tidak terganggu dengan kehadiran warga emas, kerana kehadiran golongan tersebut juga menjadi tenaga pengajar secara tidak formal dan turut menjadi ibubapa kepada anak-anak pelajar pada waktu itu. Konsep kekeluargaan wujud secara tidak langsung dengan situasi sedemikian. Memandangkan pelajar yang belajar di ’ Al- Madrasah Al-Islahiah Al-Wataniah’ terdiri juga daripada pelajar dari luar negeri seperti Thailand dan berjauhan dengan keluarga, justeru itu dikalangan pelajar tersebut mengambil peluang menumpang manja dengan warga emas berkenaan.
 

            Sesuatu yang menarik dalam sistem pendidikan sekolah tersebut pada waktu itu, walaupun tanpa struktur kelengkapan dan kemudahan yang  banyak namun masih mampu menarik minat ibubapa di sekitar mahupun luar negeri untuk menghantar anak-anak mengaji ilmu keagamaan pada waktu itu. Dari sudut ini, membuktikan kewibawaan tenaga pengajar ketika itu yang terdiri daripada ustaz dan ustazah yang punyai pendidikan dari berbagai sudut ilmu keagamaan.

Al-Madarasah Al-Islahiah Al-Wataniyyah mengalami satu lagi perkembangan pada tahun 1988M iaitu dengan mendaftarkan madrasah ini di bawah Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu  Perlis. ( rujukan : MAIPS.203 Jilid 6(9) 1985). Ini memberi erti bahawa pihak Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis memberikan perhatian yang mencukupi terhadap sekolah ini. Ini terbukti dengan bantuan kewangan yang diperuntukkan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis.

 

            Pada 17 Januari 1988, Madrasah ini mendaftar pula di bawah Jabatan Pendidikan Perlis dengan nombor Pendaftarannya JPPS/PPGS/5/2/4/11. Serentak dengan itu, namanya juga telah ditukarkan dari Al- Madrasah Al-Islahiyah Al-Wataniah kepada Sekolah Menengah Agama Al-Islahiah, Behor Mali, Perlis. Sehingga kini, kedua-dua pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis dan Jabatan Pendidikan Perlis memberikan perhatian yang baik