PERKEMBANGAN SISTEM PENDIDIKAN DAN
KEJAYAAN YANG DILAHIRKAN OLEH SEKOLAH AL-MADRASAH AL-ISLAHIAH AL WATANIAH(
AL-ISLAHIAH, BOHOR MALI)
Perubahan dari semasa ke semasa telah diusahakan oleh
pihak-pihak yang tertentu dalam memastikan sekolah ini terus berdiri sebagai
sebuah pusat pendidikan yang menekankan aspek keagamaan khususnya. Namun sistem
kurikulum juga mengikut sukatan Kementerian Pendidikan Malaysia dengan
mengekalkan Sukatan Pelajaran Agama Islam dan Bahasa Arab seperti yang sedia
ada dalam (Sukatan Al-azhar). Seperti yang terkandung didalam Memorandum
Persefahaman antara Jemaah Pengurusan Sekolah Agama Al-Islahiah (Menengah dan
Rendah) dan Kementerian Pelajaran Malaysia pada Disember 2004.
Peningkatan
dan perkembangan dalam mengamalkan pembelajaran dan pengajaran (P&P) di
dalam kelas kepada pelajar telah jelas bermula sekitar tahun 1990-an lagi.
Antaranya dalam aspek P&P, alat bantu mengajar yang kini dikenali sebagai
ABM, dan penambahan bilangan tenaga pengajar .
Antaranya,
di awal proses menjadikan sekolah ini sebagai salah sebuah Sekolah Bantuan
Kerajaan dalam usaha meningkatkan keperluan dan kemudahan pelajaran, pihak sekolah
dengan usaha dan kesungguhan tenaga pengajar telah sedikit demi sedikit berjaya
menjadikan sekolah yang asalnya sekolah pondok itu setaraf dengan sekolah
kerajaan dari aspek penyampaian pendidikan.
Sekitar
awal tahun 1990-an, dengan bantuan dan sumbangan daripada masyarakat setempat
mahupun luar, sekolah ini telah mampu memiliki alat bantuan mengajar seperti
komputer dan alatan pengajaran untuk kemahiran hidup bagi membantu P & P
pelajar.
Gambar : Komputer telah digunakan
sebagai Alat Bantu Mengajar sekitar tahun 1990-an

Gambar : Kemudahan alatan untuk matapelajaran
Kemahiran Hidup dan bilik khas melancarkan lagi proses pengajaran &
pembelajaran pada masa itu
143 total views, 1 views today