PERUBAHAN CORAK PENTADBIRAN DARI SEKOLAH PONDOK/ MADRASAH KEPADA SEKOLAH
AGAMA BANTUAN KERAJAAN
Titik permulaan
yang mendorong kepada penyerapan Sekolah ‘Al-
Madrasah Al-Islahiah Al-Wataniah’ sebagai sebuah Sekolah Agama Rakyat
kepada Sekolah Agama Bantuan Kerajaan ialah apabila secara rasminya Kementerian
Pendidikan Malaysia menghantar surat cadangan
menjadikan sekolah ini sebagai Sekolah Bantuan Kerajaan setelah
dikenalpasti oleh Jabatan Agama Islam Negeri Perlis sendiri pada bulan Februari
tahun 2000.
Namun secara tidak langsungnya, pihak
sekolah dalam mesyuarat yang bertarikh 28 Disember 1999 telahpun membincangkan
tentang syarat-syarat yang akan dibentangkan kepada pihak Kementerian. Antara
perkara yang diketengahkan dan dipandang utama ialah berkaitan :
- Tanah
- Bangunan
- Pengetua
- Guru
- Pentadbiran
- Penasihat
- Kurikulum/Kokurikulum
- Peperiksaan
- Buku Teks
- Biasiswa
Seterusnya melalui surat yang bertarikh 24 Januari 2003, rujukan sekolah
SMAI/Ps.372(1),
pihak sekolah telah menghantar persetujuan untuk diterima masuk sebagai Sekolah
Agama Bantuan Kerajaan dengan melampirkan syarat-syarat yang telah dibincangkan
dikalangan Mesyuarat Lembaga Tadbir dengan harapan diberi pertimbangan oleh
pihak Kementerian.
Proses perbincangan dan semakan
perkara-perkara berkenaan penerimaan sekolah Al- Madrasah Al-Islahiyah
Al-Wataniah ke dalam sebagai salah sebuah Sekolah Agama Bantuan Kerajaan
berlangsung lebih kurang 1 tahun, dan akhirnya pada Disember 2004 maka
terjalinlah secara rasminya Memorandum Persefahaman antara sedia ada dalam (Sukatan
Al-azhar). Seperti yang terkandung didalam Memorandum Persefahaman antara
Jemaah Pengurusan Sekolah Agama Al-Islahiah (Menengah dan Rendah) dan
Kementerian Pelajaran Malaysia.
Melihat
bahawa adalah demi kepentingan dan manfaat terbaik sistem pendidikan agama di
sekolah tersebut, Jemaah Pengurusan telah bersetuju supaya sekolah tersebut
menerima sumbangan modal dan sumbangan bantuan penuh daripada Kementerian
Pelajaran.
Selepas
terbentuknya Memorandum Persefahaman itu, maka corak pentadbiran sekolah telah
mengalami perubahan, dan perubahan-perubahan tersebut telah dilakukan secara
berperingkat-peringkat.
Perubahan
yang utama ialah menjadikan Sekolah Agama Al-Islahiah (Menengah dan Rendah)
selepas itu disebut ’Sekolah Agama’
sebagai sekolah bantuan kerajaan di bawah Akta Pendidikan 1996. Sumbangan akan
diterima olah pihak sekolah dalam bentuk sumbangan modal dan sumbangan bantuan.
Sumbangan yang diberikan akan ditentukan oleh Menteri Pelajaran selaras dengan
peruntukan undang-undang.
Dari
segi Kurikulum dan Kokurikulum pula, sekolah perlu melaksanakan juga Kurikulum
Kebangsaan seperti yang ditetapkan di bawah Akta Pendidikan 1996, tanpa
meninggalkan Kurikulum Pelajaran Agama yang diluluskan oleh Majlis Raja-Raja.
Dalam perkara yang menyentuh mengenai
pelajar, pendaftaran pelajar di sekolah perlu diuruskan oleh Kementerian
Pelajaran dengan kerjasama Jemaah Pengurusan. Manakala kedudukan guru di
sekolah ditentukan oleh Kementerian Pelajaran dengan persetujuan bersama Jemaah
Pengurusan, begitu juga dengan kedudukan kakitangan sokongan di sekolah.
Kedudukan Lembaga Pengurus sekolah
tidak tergugat dengan campurtangan Pihak Kementerian kerana masing-masing
punyai tanggungjawab dan skop kerja masing-masing hanya semata-mata untuk ke
arah kebaikan sekolah agama rakyat. Yang pastinya, kerjasama daripada Lembaga
Pengurus Sekolah dengan Pihak Kementerian dilihat sebagai gabungan yang lebih
mantap dalam meningkatkan mutu pendidikan yang lebih teratur, licin dan
terjamin samaada kepada pelajar, guru-guru, staf sokongan dan masyarakat
sekelilig.
109 total views, 1 views today