PERUBAHAN INFRASTRUKTUR SEKOLAH DARI SEBUAH SEKOLAH PONDOK/MADRASAH KEPADA
SEKOLAH AGAMA BANTUAN KERAJAAN.
Pada tahun1990-an,
pihak Lembaga Pengurusan Sekolah bersama guru-guru pada masa itu telah berusaha
memperbaiki dan menambahbaikan keperluan pelajar dan juga guru-guru bagi
memastikan keselesaan dan kesempurnaa dalam proses pembelajaran. Jika
difikirkan pun pada waktu itu, aspek yang perlu dititikberatkan ialah tempat
atau bangunan sekolah bagi menampung pelajar-pelajar.
Memandangkan
sekolah Agama Al- Islahiah pada waktu itu dikenali Al- Madrasah Al-Islahiyah
Al-Wataniah telah sebati dengan masyarakat setempat, maka telah tampil beberapa
orang yang sanggup mewakafkan tanah mahupun sumbangan dalam bentuk kewangan
bagi membaik pulih dan membina bangunan sekolah yang baru.
Perkembangan dan peningkatan bangunan
sekolah bermula pada tahun 1990-an. Antara bangunan terawal yang dibina bagi
menggantikan bangunan lama ialah bangunan seperti gambar dibawah. Bahan bagi
binaan bangunan tersebut digunasemula daripada bahan bangunan Sekolah Rendah
Simpang Empat yang pada waktu itu diroboh untuk pembinaan bangunan yang baru.
Memandangkan waktu itu, kedudukan
kewangan sekolah Al- Madrasah Al-Islahiyah Al-Wataniah banyak bergantung kepada
sumbangan masyarakat dari segenap
lapisan masyarakat maka segala usaha untuk penambahbaikkan sekolah terhasil
perlu ditangani dengan bijak supaya tidak membebankan kewangan sekolah.

Gambar : Kawasan asal sekolah binaan pada tahun
1990-an, bahan binaan digunasemula daripada bahan bangunan Sek.Ren. Simpang
Emapat.

Gambar : Antara kawasan/tanah yang diwakafkan oleh
penduduk kampung untuk digunakan oleh pihak sekolah bagi membina kawasan
sekolah baru.
Pada tahun 1992,
sekolah telah menerima satu sumbangan yang amat besar maknanya kepada pihak
sekolah dan pelajar-pelajar. Dato’
Abdul Rahman Abbas ialah seorang yang sentiasa mengambil berat dalam hal-hal
kebajikan dan pengembangan agama Islam. Hari ini, Dato’ Abdul Rahman sendiri
telah menubuhkan satu yayasan yang dinamakan ‘ Yayasan Sofia’.
Dato’ Abdul Rahman Abas telah menderma demi membina Sekolah
Agama Al-Islahiah, Perlis dengan kos sebanyak RM365,000. Jawatankuasa sekolah
bersetuju menamakannya sebagai Bangunan Ibnu Abas. Biasiswa juga diberi kepada
10 orang pelajar cemerlang mulai tahun 2005.

Gambar : Kenangan Dato’ Abdul Rahman Bin Abas.

Gambar : Pelajar
lelaki dan perempuan merakam kenangan dihadapan
Bangunan Ibnu Abas yang telah
siap dibina.
317 total views, 5 views today