Selepas berakhirnya
penjajahan Jepun di Tanah Melayu pada tahun
1945 M, penduduk tempatan di Kampung Behor Mali merasakan perlu ada sebuah
tempat pengajian untuk penduduk tempatan khususnya untuk menimba ilmu
pengetahuan mengenai agama Islam. Atas kesedaran itulah maka sebuah
jawatankuasa telah dibentuk dalam usaha untuk melahirkan sebuah pusat
pengajian. Akhirnya dengan usaha jawatankuasa ini dan disokong penduduk
tempatan maka lahirlah ‘ Pondok Islahiah’ pada tahun 1364 H/1945M. Individu
yang bertanggungjawab menyampaikan pengajaran di sini ialah Tuan Guru Haji
Ismail Naim Bin Salim.
Beberapa tahun kemudiannya, pondok ini
telah mengalami pembaharuan. Selepas dipindahkan bangunannya ketapak yang ada
sekarang ini pada tahun 1369H/1950 M, namanya juga telah ditukarkan kepada Al-
Madrasah Al-Islahiah Al-Wataniah dan sistem pendidikannya atau pengajianya juga
turut berubah dari sitem pondok kepada sistem persekolah formal. Namun begitu,
bentuk pengajian bercorakkan pondok ini masih dikekalkan hingga ke hari ini.
Inilah satu-satunya pusat pengajian di Negeri Perlis yang masih melaksanakan
dan mengamalkan sistem pengajian pondok.
Pada awal penubuhannya ’ Al- Madrasah Al-Islahiah Al-Wataniah’
berfungsi sebagai tempat pengajian berkonsepkan pondok kepada pelajar yang
lebih menekankan kepada pendidikan berbentuk keagamaan khususnya. Disamping
itu, berkongsi didalam satu kawasan yang sama juga, telah wujud dan kekal
bersama-sama sistem pendidikan itu adalah rumah-rumah orang tua yang
menempatkan lebih kurang 100 orang warga emas yang mengambil pilihan untuk
tinggal disana bagi mendalami ilmu agama dan turut juga menjadi tenaga pengajar
kepada pelajar di sekolah pondok berkenaan.

Gambar 1.1 : Gambar
diatas menunjukkan penempatan asal rumah warga emas yang mendiami dikawasan
sama dengan ‘Al- Madrasah Al-Islahiah
Al-Wataniah ’.

Gambar 1.2 :
Berhadapan dengan rumah warga emas ( rumah kayu) adalah bangunan sekolah yang
merupakan kelas tempat penyampaian ilmu.
Gambar 1.3 : Menunjukkan rumah warga tua , sekitar tahun 1970-an
Biarpun berkongsi
kawasan namun sistem pendidikan sedikit pun tidak terganggu dengan kehadiran
warga emas, kerana kehadiran golongan tersebut juga menjadi tenaga pengajar
secara tidak formal dan turut menjadi ibubapa kepada anak-anak pelajar pada
waktu itu. Konsep kekeluargaan wujud secara tidak langsung dengan situasi
sedemikian. Memandangkan pelajar yang belajar di ’ Al- Madrasah Al-Islahiah Al-Wataniah’ terdiri juga daripada
pelajar dari luar negeri seperti Thailand dan berjauhan dengan keluarga,
justeru itu dikalangan pelajar tersebut mengambil peluang menumpang manja
dengan warga emas berkenaan.
Sesuatu yang menarik dalam sistem
pendidikan sekolah tersebut pada waktu itu, walaupun tanpa struktur kelengkapan
dan kemudahan yang banyak namun masih
mampu menarik minat ibubapa di sekitar mahupun luar negeri untuk menghantar
anak-anak mengaji ilmu keagamaan pada waktu itu. Dari sudut ini, membuktikan
kewibawaan tenaga pengajar ketika itu yang terdiri daripada ustaz dan ustazah
yang punyai pendidikan dari berbagai sudut ilmu keagamaan.
Gambar 1.4 :
Sebagai tanda kenangan pelajar –pelajar sekitar tahu 1970-an bergambar dihadapan bangunan sekolah ” Al- Madrasah Al-Islahiah Al-Wataniah ’
pada ketika itu.
Al-Madarasah Al-Islahiah Al-Wataniyyah mengalami satu lagi perkembangan
pada tahun 1988M iaitu dengan mendaftarkan madrasah ini di bawah Majlis Agama
Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis. (
rujukan : MAIPS.203 Jilid 6(9) 1985). Ini memberi erti bahawa pihak Majlis
Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis memberikan perhatian yang mencukupi
terhadap sekolah ini. Ini terbukti dengan bantuan kewangan yang diperuntukkan
oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis.
Pada 17 Januari 1988, Madrasah ini
mendaftar pula di bawah Jabatan Pendidikan Perlis dengan nombor Pendaftarannya
JPPS/PPGS/5/2/4/11. Serentak dengan itu, namanya juga telah ditukarkan dari Al-
Madrasah Al-Islahiyah Al-Wataniah kepada Sekolah Menengah Agama Al-Islahiah,
Behor Mali, Perlis. Sehingga kini, kedua-dua pihak Jabatan Hal Ehwal Agama
Islam Perlis dan Jabatan Pendidikan Perlis memberikan perhatian yang baik
2,927 total views, 6 views today