SELAMAT HARI GURU

hariguru

Tema Hari Guru 2020: Berguru Demi Ilmu, Bina Generasi Baharu. Hari Guru disambut pada 16 Mei setiap tahun sebagai tanda memperingati dan menghargai pengorbanan guru dalam mendidik, membimbing serta membentuk anak bangsa.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ingin memaklumkan bahawa tema Hari Guru sempena
sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan kali ke-49 pada tahun 2020 adalah ‘Berguru Demi llmu, Bina Generasi Baharu.

Tema ini menyentuh peranan guru dalam memperkasa keilmuan dan profesionalisme bagi membina generasi baharu negara yang dapat memenuhi matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Guru merupakan insan yang sentiasa dahagakan ilmu dan tidak jemu memperlengkap dirinya dengan pelbagai pengetahuan, kemahiran dan nilai sejajar
dengan prinsip pembelajaran sepanjang hayat (lifelong learning).

Dalam konteks berguru, ilmu hendaklah diperoleh daripada seseorang yang mempunyai kepakaran atau kemahiran yang autentik serta berasaskan sumber yang betul, sahih dan berwibawa.

Murid perlu menginsafi bahawa tidak ada manusia yang mencapai kejayaan di dunia ini tanpa kehadiran insan bergelar guru.

Guru juga insan yang banyak membentuk karakter dan keperibadian seseorang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *