Disember 2004 setelah
rasminya Memorandum Persefahaman antara Jemaah Pengurusan Sekolah
Agama Al-Islahiah (Menengah dan Rendah) dan Kementerian Pelajaran Malaysia maka
bermulalah sumbangan modal dan bantuan yang diperuntukkan oleh pihak Kerajaan
kepada pihak sekolah yang mana diantaranya melibatkan sumbangan bantuan
bangunan sekolah.
Walaubagaimanapun mengikut
syarat Perkara VII dalam memorandum tertulis bahawa tapak dan bangunan Sekolah
Agama hendaklah kekal di bawah hak milik tuan punya tanah atau Jemaah
Pengurusan dan tidak, dengan apa-apa cara jua, boleh terletak hak kepada
kerajaan.
Tapak dan
bangunan Sekolah Menengah Agama Al-Islahiah dan dan Sekolah Rendah Agama
Al-Islahiah di daftarkan di bawah Jabatan Agama Islam Perlis sebagai Pemegang
Amanah bagi pihak yang mewakafkan tanah-tanah itu. Manakala kawasan perkuburan
seluas 2 relong dalam tapak kawasan sekolah ini dan 4 blok Rumah Penyayang (
Baitul Hanan) yang dulu terletak di dalam kawasan yang sama dalam sekolah
dikekalkan di bawah Lembaga Pentadbir dan di bawah Kawalan Kebajikan
Masyarakat.
Selanjut
dengan itu, Kerajaan telah menyumbang bantuan bangunan baru termasuk bangunan
Asrama Putra dan Asrama Putri bagi menampung jumlah pelajar yang kini mencecah
350 orang pelajar. Sehingga pada masa kini pun, pihak Kerajaan masih dalam
proses membangunkan beberapa bangunan tambahan dan menambahbaikan bangunan yang
sedia ada untuk keselesaan pelajar dan warga pendidik malahan masyarakat
setempat khususnya.
Sumbangan dan bantuan Kerajaan
membantu pihak sekolah dalam mencapai misi, visi dan matlamat Sekolah Agama
Al-Islahiah, Bohor Mali, Simpang Empat, Perlis.

Gambar :
Blok asrama putri Sekolah Agama Al-Islahiah, Bohor

Gambar :
Blok bangunan kelas di belakang Bangunan Ibnu Abas

Gambar : Wajah
baru Sekolah Agama Al-Islahiah, Bohor Mali selepas diserap
sebagai Sekolah Agama
Bantuan Kerajaan.
173 total views, 3 views today