TAWARAN KE TINGKATAN 1 SESI 2022/2023 

Salam wbt....
Tawaran Belajar Ke Tingkatan 1, Sekolah Agama Al-Islahiyah (Menengah), sesi Persekolahan 2022/23
Sukacita dimaklumkan bahawa senarai nama berikut merupakan calon yang telah berjaya dalam temuduga yang telah dilaksanakan pada 12 Februari yang lalu.
Semua murid yang berjaya dikehendaki hadir ke sekolah untuk mendapatkan surat tawaran belajar dalam tempoh yang ditetapkan seperti berikut;
Tempoh : 21 Februari - 4 Mac 2022
Jam : 8 pagi - 5 petang (waktu pejabat)
Tempat : Pondok Pengawal Keselamatan, Sekolah Agama Al-Islahiyah (Menengah)
Murid hendaklah menjawab surat tawaran tersebut samada menerima/menolak tawaran sebelum atau pada 4 Mac 2022. Sekiranya murid gagal menjawab dalam tempoh yang ditetapkan, tawaran ini akan terbatal.
Murid juga boleh memuat turun dan mencetak surat tawaran melalui link di bawah, diisi dan dihantar ke pondok pengawal.
Sebarang anda mempunyai sebarang pertanyaan atau kesulitan, sila hubungi pihak sekolah untuk tindakan selanjutnya.
Tahniah diucapkan kepada calon yang berjaya. Calon yang tidak berjaya, boleh kemukakan surat rayuan kepada pihak sekolah bermula 21 Februari 2022. (sebarang urusan rayuan yang dihantar hanya sehingga Pondok Pengawal Keselamatan sahaja)
1
2
3
4
5
6